22 August 2014

[[ tanah tumpahnya darahku ]]

assalamualaikum pembuka bicara..
ucapan salam sejahtera untuk semua..
selamat datang selamat membaca di blog saya..
cuma hanya nukilan yang tak seberapa..

erm..

title entry kali ni agak patriotik sedikit...
yep.. 
mungkin kerana bulan ini adalah bulan kemerdekaan.. 

57 tahun yang lalu, pada tanggal 31 Ogos 1957, Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan..

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

terima kasih kepada pahlawan2 negara yang berjuang sepenuhnya dalam membebaskan Tanah Melayu dari penguasaan penjajah..




kini, setelah 57 tahun Malaysia merdeka, pelbagai peristiwa dan perkara yang telah berlaku di negara kita.. Pembangunan negara semakin rancak berlaku.. 
syukur.. Malaysia masih aman.. 
tidak seperti negara-negara lain yang sedang bergelut dengan peperangan..

Namun, pada tahun ini.. 2014.. beberapa tragedi telah menimpa negara.. 
tragedi yang begitu terkesan dalam sejarah negara adalah mengenai dua pesawat Malaysian Airlines (MAS) iaitu MH370 dan MH17.. dalam masa empat bulan.. dua tragedi telah menimpa negara.. 
ya.. sgt terkesan kepada negara..

MH370

pasti satu dunia sedia maklum dengan tragedi yg berlaku ke atas pesawat MH370 ini.. 

pada tarikh 8 Mac 2014, pesawat yg berlepas dari KLIA dan dijangka tiba di Beijing telah terputus hubungan dengan menara kawalan.. dan dari sejak itu, sehingga kini, masih belum dapat dikesan di mana lokasi pesawat ini berada.. dilaporkan kira-kira 12 orang krew pesawat dan 227 penumpang berada di dalam pesawat ini..

pelbagai andaian, pendapat, spekulasi dan teori telah dibuat.. sama ada daripada pakar penerbangan, ex-captain pesawat, mahu pun keyboard warrior.. namun, tiada satu pun yang dapat disahkan.. kecuali sehingga lah pesawat ini ditemui.. jawapan kepada misteri kehilangan pesawat ini akan dapat dihuraikan hanya selepas pesawat atau kotak hitam nya berjaya dikesan, ditemui dan dikaji.. 

misi pencarian yang melibatkan pelbagai negara masih diteruskan walaupun telah 5 bulan ia gagal dikesan.. penglibatan pasukan peyelamat antarabangsa amat lah dihargai dan diharap usaha berterusan mereka akan membuahkan hasil.. 

semoga mereka, kita rakyat Malaysia, keluarga mangsa dan seluruh penduduk dunia sentiasa berdoa agar pesawat ini dapat ditemui..

have faith and keep on praying...





MH17

dunia sekali lagi dikejutkan dengan tragedi pesawat Malaysian Airlines MH17.. pada tarikh 17 Julai 2014, pesawat ini dilaporkan telah ditembak jatuh dan terhempas di sempadan Ukraine - Russia.. 

pesawat MH17 ini berlepas dari Amsterdam ke KLIA.. terdapat 15 orang krew dan 283 penumpang terdiri dari pelbagai warganegara di dalam pesawat ini.. kesemua krew dan penumpang maut dalam nahas ini.. 

dipercayai pesawat tersebut ditembak jatuh menggunakan senjata BUK surface-to-air missile.. kotak hitam telah ditemui dan sedang disiasat oleh pakar.. namun, sehingga kini, punca sebenar nahas ini masih belum disahkan lagi.. 

mangsa nahas ini telah dibawa ke Netherlands untuk dikenalpasti melalui bedah siasat dan ujian DNA yang akan dilakukan oleh pakar..

Hari Perkabungan Malaysia telah diisytiharkan pada 22 Ogos 2014 (Jumaat).. ini adalah serentak dengan ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17 yang berjaya dikenalpasti ke tanah air yang dijangka akan tiba pada tarikh tersebut.. 

semoga mangsa nahas ini dirahmati dan aman di sana..

Al-Fatihah | Takziah







No comments: