23 May 2016

[[ sejenis ucapan tahniah ]]


dulu.
aku ini kau tinggalkan. 
sepi-sendiri.
diwaktu jarak jasad kita berdua yang jauh antara negeri.
alasan kau cukup mudah didengarkan.
kau punya komitmen yang banyak.
dan, kau pilih untuk tinggalkan aku. 
demi untuk tidak menambah komitmen sedia ada kau. 

ah ! komitmen itu semua orang ada - -

semalam.
aku dengar dari sumber yang aku fikir boleh dipercayai. 
kata sumber itu, kau akan melangsungkan hari bahagia kau dengan pasangan Disember nanti.

hmm.
tahniah.
tahniah untuk kau dan pasangan.

komitmen kau mungkin sudah tidak banyak.  

tahniah sekali lagi.
semoga bahagia sampai syurga buat kalian - -





johor bahru
23 May 2016