03 March 2009

mari belajar bahasa ..! #2



GLOSARI NILAI INTEGRITI : [ BERBUDI BAHASA ]



DEFINASI BERBUDI BAHASA


Dari segi bahasa : Cara yang bijak dan terbaik dalam menyampaikan pertuturan sewaktu bercakap.


Dari segi nilai dan akhlak : Memelihara keselesaan komunikasi dengan menggunakan kata-kata tertentu dan meletakkan tempatnya yang betul dalam unjaran bahasa atau dalam istilah lain gaya berbahasa dengan baik.

MATLAMAT BERBUDI BAHASA


Menyemai masyarakat untuk mencintai bahasa ibunda dan menjadikan Bahasa Melayu ini sebagai khazanah yang perlu dipelihara dan dijaga. Bertutur dengan baik dan menyebut sebutan perkataan dengan struktur bahasa yang sesuai agar dapat memastikan komunikasi tersebut dapat berjalan seperti yang dikehendaki.

Tingkap papan kayu bersegi

Sampan sakat di pulau angsa

Indah tampan kerana budi

Tinggi bangsa kerana bahasa


DALAM KONTEKS PELAJAR

1. Menimba ilmu dan mempelajari warisan bahasa melayu yang terdiri daripada pelbagai cabang pengetahuan .

2. Tidak menggunakan bahasa rojak dalam penyampaian percakapan dan bahasa perbualan.

3. Mempromosikan Bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar asing dengan cara berkongsi dan bertukar-tukar bahasa dengan mereka.

4. Memperkayakan bahasa dengan bermula melalui penulisan dan karangan.

5. Menjaga warisan Bahasa Melayu yang merupakan asas kepada perkembangan bahasa lain di Malaysia.

6. Tidak menggunakan bahasa ringkas yang boleh merosakkan maksud sebenar di dalam penulisan atau tutur kata seharian.



MUTIARA KATA ( BERBUDI BAHASA )


"Bahasa Jiwa Bangsa"

Dewan Bahasa dan Pustaka


" Orang yang berbudi pekerti mulia, dan berilmu itu jernih mukanya, lapang dadanya dan suci hatinya dan lemah lembut perkataanya dan baik segala perbuatannya."

Hukuma


"Manusia dibekali dua mata dengan satu mulut agar dia boleh melihat dua kali lebih banyak daripada bercakap".

Colton


"Kata-kata yang lembut dan beradab dapat melembutkan hati manusia yang keras".

Pendita



-UNIT DISIPLIN DAN INTEGRITI , JHEPA-