28 December 2016

[[ suku tahun ke-empat ]]



sejenis perasaan :


penuh - -






tanjung kupang
28 disember 2016

22 August 2016

[[ kebanggaan ]]


berakhir sudah temasya paling gah di arena sukan dunia,
pedulikan jumlah kekalahan, kemenangan dan kutipan medal yang terhasil di temasya ini,
pedulikan cakap-cakap orang yang tidak membina terhadap prestasi kalian,
tetapi anggap itu sebagai satu cabaran dan semangat untuk kalian terus berjaya.

itu semua pengalaman - -

di setiap kekalahan mengajar kalian untuk terus berusaha mengejar kejayaan seperti yang diharapkan,
di setiap kekalahan mengajar kalian untuk terus kuat dan bersemangat dalam menjadi yang lebih bagus,
dan, di setiap kekalahan itu ada kemenangan.

kalian kalah di temasya ini, tetapi kalian menang di jiwa dan hati kami - -

bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab dan harapan jutaan rakyat dalam merealisasikan impian membawa pulang medal emas pertama ke tanah air.
tekad dan keberanian perlu ada.
namun, tidak semua orang memiliki sifat itu.
tetapi, yang pasti dan terbukti adalah kalian ada yang dua itu.

pelbagai latihan, pertandingan dan kejohanan lain yang terlebih dahulu perlu disertai dalam melayakkan diri kalian ke temasya ini.
pengorbanan masa muda, kecederaan dan keperitan yang dihadapi kalian tidak dapat dibalas dengan wang dan habuan-habuan lain.

kalian telah membawa nama tanah air kita untuk berada bersama nama negara-negara lain yang lebih gah, 
itu kejayaan - -

terima kasih untuk semua.
terima kasih.
semoga kalian terus sukses dan terus memperoleh kejayaan.

kalian kebanggaan kami - -







(dedikasi buat para atlet negara - team olimpik malaysia 2016)

tanjung kupang
22 ogos 2016 


14 August 2016

[[ kembara ]]



setiap perjalanan dan kembara yang dilalui,
mengajar aku bahawa setiap apa yang dilakukan pasti ada permulaan dan penamatnya, 
walau penuh rintangan dan cabaran,
harus ditamatkan,
kerana pada akhir kembara itu akan memberi berjuta kenangan, pengalaman dan kemanisan kejayaan - -


kita tidak tahu lama mana kita akan bernyawa,
mungkin hari ini, esok atau lusa Tuhan akan memanggil kita untuk bertemu-Nya, 
sementara masih bernyawa,
teruskanlah untuk merasa nikmat kehidupan,
dengan berjasa kepada agama, keluarga, alam, masyarakat dan untuk semua yang baik-baik - -




tanjung kupang
14 ogos 2016

23 May 2016

[[ sejenis ucapan tahniah ]]


dulu.
aku ini kau tinggalkan. 
sepi-sendiri.
diwaktu jarak jasad kita berdua yang jauh antara negeri.
alasan kau cukup mudah didengarkan.
kau punya komitmen yang banyak.
dan, kau pilih untuk tinggalkan aku. 
demi untuk tidak menambah komitmen sedia ada kau. 

ah ! komitmen itu semua orang ada - -

semalam.
aku dengar dari sumber yang aku fikir boleh dipercayai. 
kata sumber itu, kau akan melangsungkan hari bahagia kau dengan pasangan Disember nanti.

hmm.
tahniah.
tahniah untuk kau dan pasangan.

komitmen kau mungkin sudah tidak banyak.  

tahniah sekali lagi.
semoga bahagia sampai syurga buat kalian - -





johor bahru
23 May 2016


28 March 2016

[[ ter-ingat ]]


malam tadi.

sedang lihat-lihat segala macam yang ada di dalam telefon pintar, 
terjumpa pula conversation kita setahun yang dulu.

bahagia sungguh kita pada waktu itu.
indah - -

terus. 
hingga ke hari ini.

ter-ingat, 
tentang kita masa lalu.
tentang kamu. 

ter-ingat.





johor bahru
28 mac 2016





13 January 2016

[[ imbasan 2015 | seorang yang bernama aku ]]

 
assalamualaikum..
maka, tibalah tahun 2016 dan berakhirlah tahun 2015..
tahun yang penuh berwarna-warni.. pahit-manis.. gembira-sedih.. ceria-suram..

ingin dikisahkan perkara-perkara yang telah berlaku sepanjang tahun ini supaya ditahun yang akan datang dapat dilihat kembali segala yang telah dihadapi..

demi mengenal erti kehidupan dan menjadi yang lebih baik dari masa silam - -

1. perjalanan kerjaya : 

untuk tahun 2015 ini sahaja telah ditugaskan di 3 unit/cawangan yang berbeza. bukan meminta tapi diarahkan. demi memenuhkan kekosongan posisi yang ada. kadang-kadang dirasa seperti bola yang ditendang ke sana-sini. namun, tetap dilakukan setiap tugas yang diberi dengan sehabis baik. walaupun kadang-kadang rasa seperti tiada rela dan tiada jiwa. ah! pedulikan. ini semua telah diatur oleh Tuhan. sahut cabaran dan tanggungjawab yang diberi. barangkali ada yang susah untuk dibuat. maka, belajarlah tanpa ada rasa putus asa. mungkin ada hikmah disetiap yang berlaku ini. ingat, setiap yang manis perlu merasa pahit dahulu. peace yaww --

 pertama (15 oktober 2014 - 27 januari 2015)
pertama (15 oktober 2014 - 27 januari 2015)
kedua (28 januari 2015 - 08 april 2015)
kedua (28 januari 2015 - 08 april2015)
ketiga (08 april2015 - present)
ketiga (08 april2015 - present)


2. perjalanan sukan : 

saya suka main sukan. sebab bila main sukan boleh kurangkan stress, boleh enjoy2, boleh keluar peluh, boleh kenal2 dengan kawan2 baru. jadi, untuk tahun 2015, banyak gak la game yang saya dan kawan2 join. nak tulis banyak ngat.. hehe..
jom tengok gambar :)



1st time main pool.. hehe.. bikin ketagih..
1st time try atv.. paling lawak, bila masuk semak.. haha..

bowling perkasa se-malaysia di melaka.. habis game terus kena kuarantin 2 minggu.. cikenpox.. hahaha
selection dart untuk team maksak johor..

badminton perkasa se-malaysia di penang.. alhamdulillah dapat 3rd place..
volleyball anjuran mskk johor.. alhamdulillah gelang patah dapat 1st place..
dart anjuran mskk johor.. alhamdulillah gelang patah dapat 1st place..
futsal wanita anjuran mskk johor.. alhamdulillah gelang patah  dapat 1st place..

badminton anjuran mskk johor.. alhamdulillah gelang patah dapat 2nd place..
team futsal wanita dan lelaki johor ke PSKM Peringkat Zon di Penang..
friendly match dengan team diva
Team badminton johor di PSKM Sabah.. Alhamdulillah dapat 3rd place..

Futsal terbuka daerah kulaijaya.. Team Broken Bangle tercipta :)

Friendly match dengan geng UTM..
Futsal Terbuka Iskandar..
Training badminton PSKK-41 di UUM.. 17-29 November 2015..

Ping Pong Perkasa Se-malaysia di Educity.. seronok jumpa kawan-kawan sama batch..

p/s : main sukan, main sukan jugak.. tapi keje kat ofis still buat ye.. hehehe :)


3. Perjalanan perasaan:

wahh.. yang ni haru sket.. haha.. untuk kesekian kalinya perasaan bahagia dan indah bila dengan someone itu hanya seketika sahaja.. bila mana rasa tu didevelop dengan pantas dan sangat terkesan dalam jiwa ni, maka bila mana dihentikan/ditinggalkan, sakit tu yang terlalu beb.. lebih sakit bila kita dalam fasa bahagia dan rasa yang dia untuk-ku, dan tiba-tiba dia tinggalkan kau.. peh.. haruuuu.. tapi takpelah.. ambil yang baik-baik saja.. mungkin ada yang lebih baik untuk diri ni.. kan?

terima kasih untuk semua rasa yang pernah ada - -

1st time layan tgk kt bazar karat.. 1st time - -

ak seorang pemuja rahsia..

last time tgk sama-sama.. last - -

hari yang sgt muram-sakit-sedih-haru

Mungkin, ada masa Tuhan buat kita jatuh cinta
bukan untuk sampai ke penghujungnya,
tapi untuk menimba pengalamannya.
- langit vanilla by wany ardy -


4. Perjalanan family:

tahun 2015 ni family kami berkembang.. maksudnya berlaku pertambahan ahli keluarga..kelahiran Nadia Aminah dan alang kawen.. So, dapat kak ipaq.. hehe.. harap kami sekeluarga sentiasa bahagia :)


this is nadia aminah
hari persandingan alang dan atiqah


5. Perjalanan membaca:

ape? membaca? haha.. dah lama beb tinggalkan novel2 alaf21, ahadiat akashah dan lain2.. tapi tahun 2015 ni terjebak balik dengan membaca.. start dengan baca buku puisi, then novel fixi dan lain2 publisher.. hasil tulisan dorang memang santai, boleh in la bila baca.. sampai bila nampak je buku dari dorang ni perasaan teruja nak beli tu memang bertingkat-tingkat.. haha.. hasilnya, buku yg dah beli masih banyak lagi yang tak dibaca.. lapas ni dah boleh buka library lah kt rumah.. weeee ~

beli buku online..

garis - -

ke.lab.u | pinjam baca buku orang.. 1st novel fixi yg dibaca..

90's zaman muda remaja dulu

dlm bas pun boleh membaca

pakar by nadia khan.. ni special.. sbb dapat sign nadia khan :)

limited edition

buku puisi

nota by shaz johar

november | bulan saya :)

buku ni buat rasa nak travel lama2 dan redah saja..
 
membaca itu jambatan ilmu.
mungkin setiap apa yang ditulis oleh seorang penulis itu,
ada samanya dengan cerita kita sendiri.
yang boleh buat kita terfikir:
bukan kau sorang saja yang rasa, orang laen pun ada yang rasa sama macam apa yang kau rasa.


21 December 2015

[[ penat ]]



hey

pernah tak rasa penat jadi diri sendiri? 

dirasa kenapa semua perkara tu sendiri yang kena buat, sendiri yang kena fikir, sendiri yang kena handle.
sedangkan ramai lagi yang turut boleh dibahagi-bahagi perkara itu.
 
sampai kadang-kadang dirasa, nak lari jauh-jauh tinggalkan segala perkara yang memenatkan itu.

jauh-jauh.
dan bersendiri dalam waktu itu. 




tanjung kupang
21 disember 2015