26 August 2014

[[ forgive and forget ]]

hai - -

orang kata : forgive, forget and start new..

dengar macam mudah je kan.. 
tapi, sebenar nya tidak - -

bergantung pada individu tu sendiri mcm mana.. if dia seorang yg jenis mudah untuk memaafkan dan melupakan, maka senang lah bagi beliau..

tapi, kalau mcm saye ni.. agak sukar la nk forgive and forget mcm tu jek..
depends on situation actually..

if, benda kecik and boleh settle, tak da hal lah nk forgive and forget..

tapi, akan jadi rumit, if benda kecik tu berulang kali belaku.. dan sering kali diri sendiri yang tertindas..
hmmmm..

contoh nye : 

bila orang minta tolong kat kiter.. (orang dalam kes ni boleh dikatakan rapat la dgn kiter kan).. then, kiter pun try la sehabis baik nk tolong.. ye la orang dh minta tolong kan.. tak sampai hati lak nak ditidakkan.. lg pulak, ada pernah dengar kata2 orang, kalau kiter tolong orang, orang akan tolong kiter balik.. 
maka nya, bila2 orang tu perlukan pertolongan, kiter ni mmg ready je nak tolong.. 

tapi, yang jadi hal nya dan tinggal kesan dalam2 kt kiter ni adalah bile mana kiter lak perlu pertolongan orang tu.. tapi, malang nye tak disambut lak pertolongan kiter tu.. lebih haru biru bile bukan sekali je, tapi berkali2 perkara mcm ni jadi.. dan sgt touching bile kiter minta tolong, then org tu mcm dh setuju, tapi at last, dia kata dia lupa.. mcm tu je.. lupa kata nya.. padahal kiter ni dah berkali2 igt kan dia.. 

seriously, rasa sgt sgt sgt lah sakit hati ni.. sakit hati.. kecewa.. sedih sgt bhai.. tak leh nk gambarkan.. ye la.. kiter dgn org tu boleh dikatakan rapat.. sama batch.. sama office.. kecewa seyh - -


so, ape yg sy cuba nk kata kan.. dalam situasi yg mcm ni, mmg susah sikit la nk forgive and forget tu.. biar la orang tu try to start a conversation with me, try pujuk dgn nak tolong sy la bagai, but mmg dah jd awkward sgt.. mmg sy dh mcm tak rasa nak respond kt org tu, nk tya2 khabar, gurau2 or sembang kosong mcm sebelum2 ni..  sy simpan dalam sgt perkara ni.. maybe org lain kata, "alaaaa.. small matter.. benda boleh settle.." tapi, orang lain tu tak rasa apa yg kiter rasa.. cakap boleh la kan..

next, tengok la macam mana keadaan.. harap2 masa yang berlalu dapat buat sy forgive and forget org tu.. 
nampak je sy ni kental.. tapi, jiwa halus.. 
faham cukup - -



22 August 2014

[[ tanah tumpahnya darahku ]]

assalamualaikum pembuka bicara..
ucapan salam sejahtera untuk semua..
selamat datang selamat membaca di blog saya..
cuma hanya nukilan yang tak seberapa..

erm..

title entry kali ni agak patriotik sedikit...
yep.. 
mungkin kerana bulan ini adalah bulan kemerdekaan.. 

57 tahun yang lalu, pada tanggal 31 Ogos 1957, Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan..

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

terima kasih kepada pahlawan2 negara yang berjuang sepenuhnya dalam membebaskan Tanah Melayu dari penguasaan penjajah..




kini, setelah 57 tahun Malaysia merdeka, pelbagai peristiwa dan perkara yang telah berlaku di negara kita.. Pembangunan negara semakin rancak berlaku.. 
syukur.. Malaysia masih aman.. 
tidak seperti negara-negara lain yang sedang bergelut dengan peperangan..

Namun, pada tahun ini.. 2014.. beberapa tragedi telah menimpa negara.. 
tragedi yang begitu terkesan dalam sejarah negara adalah mengenai dua pesawat Malaysian Airlines (MAS) iaitu MH370 dan MH17.. dalam masa empat bulan.. dua tragedi telah menimpa negara.. 
ya.. sgt terkesan kepada negara..

MH370

pasti satu dunia sedia maklum dengan tragedi yg berlaku ke atas pesawat MH370 ini.. 

pada tarikh 8 Mac 2014, pesawat yg berlepas dari KLIA dan dijangka tiba di Beijing telah terputus hubungan dengan menara kawalan.. dan dari sejak itu, sehingga kini, masih belum dapat dikesan di mana lokasi pesawat ini berada.. dilaporkan kira-kira 12 orang krew pesawat dan 227 penumpang berada di dalam pesawat ini..

pelbagai andaian, pendapat, spekulasi dan teori telah dibuat.. sama ada daripada pakar penerbangan, ex-captain pesawat, mahu pun keyboard warrior.. namun, tiada satu pun yang dapat disahkan.. kecuali sehingga lah pesawat ini ditemui.. jawapan kepada misteri kehilangan pesawat ini akan dapat dihuraikan hanya selepas pesawat atau kotak hitam nya berjaya dikesan, ditemui dan dikaji.. 

misi pencarian yang melibatkan pelbagai negara masih diteruskan walaupun telah 5 bulan ia gagal dikesan.. penglibatan pasukan peyelamat antarabangsa amat lah dihargai dan diharap usaha berterusan mereka akan membuahkan hasil.. 

semoga mereka, kita rakyat Malaysia, keluarga mangsa dan seluruh penduduk dunia sentiasa berdoa agar pesawat ini dapat ditemui..

have faith and keep on praying...





MH17

dunia sekali lagi dikejutkan dengan tragedi pesawat Malaysian Airlines MH17.. pada tarikh 17 Julai 2014, pesawat ini dilaporkan telah ditembak jatuh dan terhempas di sempadan Ukraine - Russia.. 

pesawat MH17 ini berlepas dari Amsterdam ke KLIA.. terdapat 15 orang krew dan 283 penumpang terdiri dari pelbagai warganegara di dalam pesawat ini.. kesemua krew dan penumpang maut dalam nahas ini.. 

dipercayai pesawat tersebut ditembak jatuh menggunakan senjata BUK surface-to-air missile.. kotak hitam telah ditemui dan sedang disiasat oleh pakar.. namun, sehingga kini, punca sebenar nahas ini masih belum disahkan lagi.. 

mangsa nahas ini telah dibawa ke Netherlands untuk dikenalpasti melalui bedah siasat dan ujian DNA yang akan dilakukan oleh pakar..

Hari Perkabungan Malaysia telah diisytiharkan pada 22 Ogos 2014 (Jumaat).. ini adalah serentak dengan ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17 yang berjaya dikenalpasti ke tanah air yang dijangka akan tiba pada tarikh tersebut.. 

semoga mangsa nahas ini dirahmati dan aman di sana..

Al-Fatihah | Takziah







18 August 2014

[[ kerja syif ]]

assalamualaikum..

hello ~

haaa.. lama betul tk update blog ni..

penuh sawang dah.. haha :p

erm..
pejam celik - -
pejam celik - - 

almost 2 years sy keje syif..

3pm - 11pm | syif petang
7am - 3pm | syif pagi
11pm - 7am | syif malam

off-day 2 hari, then start balik routine syif mcm biasa..
if tak ot, dapat la rilek2 time off-day tu..

tp biasa nya, ada je hal kena buat..
if tak kena pi bengkel, kena pi kursus.. tak pun kena attend meeting..
off-day sy yg tak berapa nk off.. haha..

ape kan daya.. dah arahan.. so, kena gak attend semua2 tu..
saya yang menurut perintah - - 

last year sampai april tahun ni agak dasat gak la..
kadang2 sampai hari2 kerja.. boleh kire brape hari je yg tak keje..
penat gak rase.. 
tp, layan kan je.. time ada chance nk ot, pulun habis2.. 
heh - - 

skang dah kurang ot.. so, dpt la merasa off-day tu..
ot pun kadang2 je.. time ada yg kena pi kursus or cuti..
ok la tu kan.. 
ada masa nk manje2 kan diri..

kerja kat sempadan negara ni mcm ni lah..
sbb operasi 24 jam..
kagum dgn staff2 lain yang dh lama keje dn masih dpt bertahan dengan keje syif ni..
lagi2 yang dah ada family..
mana nak handle anak2.. urusan rumahtangga.. hal2 rumah..
fuhh.. mencabar!

rase2 if nanti dah ada family sendiri, boleh ke nak manage semua tu?
kadang terfikir gak.. mampu ke?
hmm - -