GLOSARI NILAI INTEGRITI : [ DISIPLIN ]
DEFINiSI DISIPLIN
Dari segi bahasa : Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan di luar atau dengan kerelaan sendiri.
Dari segi nilai dan akhlak : Kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, menghormati hak individu lain, mengamalkan tingkah laku yang baik, tidak menggangu kepentingan orang lain,menghormati di antara satu dengan lain, mempunyai semangat tolong-menolong, kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.
MATLAMAT DISIPLIN
Melahirkan individu yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang sedarkan tanggungjawab terhadap diri sendiri, masyarakat, keluarga, institusi pendidikan serta negara. Disiplin diri ialah faktor utama ke arah mewujudkan masyarakat bertatasusila, adil, liberal dan progresif serta memberi sumbangan jitu terhadap keharmonian negara.
DALAM KONTEKS PELAJAR
1. Menjaga kebersihan diri, termasuk kebersihan fizikal dan mental .
2. Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan, kaedah-kaedah atau perundangan yang terdapat di dalam Universiti.
3. Sentiasa menunjukkan tauladan dan akhlak yang baik.
4. Bersikap dedikasi, berdikari, rajin, berusaha, sabar, bertolak ansur, bersopan santun, menghargai masa, tidak sombong dan sabar
MUTIARA KATA ( DISIPLIN )
" Bakti setiap usaha yang disertai disiplin, pasti ada ganjaran yang berganda".
Jim Rohn
" 99 % kegagalan datang dari orang yang suka memberi alasan".
George Washington Carver
"Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal kepada perubahan yang dibuat itu mungkin payah".
Dr.Hm Tuah Iskandar Al Haj
"Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya, telah melakukan satu kesalahan lagi ".
Pendita
9 comments:
tetibe aku rase insaf!!
pe kes citer psl disiplin lak nih??..
i smell s'thing fishiez there...hahaha
bakpe g0p mung insaf? huhu
tad0p p0ng ikang sini..
ak ase org kt jhepa tu dulu blaja sastera.. sbb tu dia wat announcement psl definisi 'disiplin'
geli ketiak aku bce mende neh...
xtau nape...
hahaha...
geli?
garu ah..
amende laa..
tlg..!!!
blh x?
hahaha...
ayark~
chuak...
takut..
tp, apsal ea..
ape kes lak ni cuak ngn takot?
kompius ak..
kes nak jadi ump teratas nak lawan berita harian..
Post a Comment