27 July 2015

[[ tiba-tiba ]]


pernah tak tiba-tiba ada satu ketika tu korang rasa rindu sangat-sangat kat someone?

aku pernah pada satu malam tu - -

lepas tu,
aku pun text kat orang tu.

bagitau ni kat dia: 
rindu. 
dan, teruk.

esoknya aku tengok phone.
mana tau ada yang reply.
aku tengok balik text yang aku hantar malam tadi.
ada double blue tick.
maksudnya, dia dah baca aku punya text.




tapi,
sampai hari ini, orang tu tak reply pun - -


(sambil memandang kosong ke arah phone)



tanjung kupang
27 julai 2015

26 July 2015

[[ mimpi ]]



boleh dikatakan semua orang akan mengalami mimpi..

tetapi, apakah yang dimaksudkan dengan mimpi?
dan, bagaimana mimpi boleh berlaku?

adakah ia sejenis yang dipanggil sebagai mainan tidur?
atau akibat terlalu?

terlalu berfikir.
terlalu teringat.
terlalu rindu.

terlalu yang terlalu sehingga ter-mimpi - -



sejenis monolog :

u.. hari tu, i mimpi u.. dalam mimpi tu, ada u dgn u punya partner.. 
hmm.. i nak bagitau u ni je..
tapi, i tak tau sampai ke tak kat u apa yang i nak bagitau ni..




kota, n.sembilan
20 julai 2015


[[ yang pernah ]]



persoalan..
bagaimana eh? 
bagaimana untuk aku tak boleh tak teringat tentang kau?

bila mana setiap yang aku lihat,
mesti teringat kau.

bila mana setiap yang aku dengar,
mesti teringat kau.

kau -- 
memang dah terletak dalam kotak fikiran aku.

yang mana aku tak tahu bagaimana nak keluar-kan kau dari fikiran aku.
kau dan kenangan yang pernah - -



(sambil sedang melihat stesen minyak Petron di tepi jalan dan mendengar lagu 'Biarkanlah' by DramaBand di radio)






jalan KLIA-Nilai
21 julai 2015

22 July 2015

[[ kekasih ]]



sejenis dialog:

u.. 
u anggap i ni ape eh?

dia jawab:

kekasih - -


dan,
malam itu tidur-ku tersenyum..


tapi, 
dialog ini ber-bulan yang lepas..

yang mana kini, 
u and i seperti tidak pernah ber-kasih di suatu masa dahulu. 


dingin yang terlalu - -




kota, n9
22 julai 2015



16 July 2015

[[ ingatan ]]



kamu.

bagaimana mahu di-lupa-hilang-kan.
jika setiap perihal tentang kamu sentiasa di ingatan.

sudah dipesan pada hati ini.
lepas-kan.
lepas apa yang dirasa.
tapi, tidak dapat di-buat-kan.

ah.
hadir kamu dahulu sungguh terkesan pada diri ini.

mohon kamu, jangan pergi.

tapi,
kamu semakin menjauh --




tanjung kupang
16 julai 2015

15 July 2015

[[ tak semua ]]



kadang-kadang, 
tak semua apa yang di-mahu-harap-hendak-kan, 
akan dapat.

jadi,
bila mana tidak.

maka,
harus redha-usaha-doa.

moga-moga,
di suatu masa nanti,
dapat di-izin-kan untuk merasa apa yang di-mahu-harap-hendak-kan itu - -





 kompleks sultan abu bakar
15 julai 2015

[[ rasa ]]



perasaan sayang ini mana boleh di-paksa-suruh-kan.

apatah lagi nak suruh-paksa orang lain sayang kat kita.


tapi, 
kita ni,
bila dah ada rasa yang itu,

rasa itu,
sentiasa ada - -






tanjung kupang
15.07.15