21 December 2015

[[ penat ]]



hey

pernah tak rasa penat jadi diri sendiri? 

dirasa kenapa semua perkara tu sendiri yang kena buat, sendiri yang kena fikir, sendiri yang kena handle.
sedangkan ramai lagi yang turut boleh dibahagi-bahagi perkara itu.
 
sampai kadang-kadang dirasa, nak lari jauh-jauh tinggalkan segala perkara yang memenatkan itu.

jauh-jauh.
dan bersendiri dalam waktu itu. 




tanjung kupang
21 disember 2015

15 November 2015

[[ ruang paling dalam ]]



maka november pun tiba.
bulan yang mana orang kata bulan yang paling selalu terkenang kenangan lalu.

tapi bagi sy, bulan november ini istimewa.
sebab, 
november adalah bulan sy --

jadi, 
di-sempena november ini.
sy katakan pada diri.
akan sy simpan segala macam rasa yang sy ada kt orang tu di ruang paling dalam kat hati ni.
ruang paling dalam --

damai-lah rasa ini dan moga tersimpan padu di ruang paling dalam itu.




"kau hanya bagi ku suatu yang pernah" 
suatu pernah by fynn jamal





tanjung kupang
15 november 2015

26 October 2015

[[ rupa nya ]]



oh.
rimas rupa nya.

maaf lah sy ni buat rimas saje.

takpe. 
jgn risau. 

itu dulu - -






johor bahru
26 oktober 2015

20 October 2015

[[ melepaskan itu bukan mudah ]]



hye you - -

rasa nya kita dah terlalu jauh ketika ini.

you dengan hidup you.
i dengan hidup i.

yang mana, berat untuk i kata-kan, yang rasanya i ni macam dah hilang terus dalam hidup you.
tapi, tak tau lah kalau sebaliknya.
sebab hati manusia ni tak siapa yang tahu.

i harap you jaga diri you elok elok.
jaga kesihatan you.
jaga emosi you.
jaga tingkah laku you.
jaga makan minum you.
jaga hubungan you dengan Tuhan. dengan mak. dengan family. dengan kawan kawan. dengan semua.

please.

macam yang selalu i cakap kat you dulu, i sentiasa ada untuk you.
only if you still remember.

tapi, 
i guess.
for now.

i have to let you go.
letting go segala macam rasa yang ada dalam hati ini.

kata orang, supaya dapat move-on.
mudah sungguh kata orang itu.

tapi, 
yang ini rasanya sungguh-lah sakit. 
sungguh-lah payah. 
sungguh-lah perit.

take care you.

and good luck untuk i jugak.




gelang patah
20 oktober 2015

09 September 2015

[[ cintaku tertinggal di kinabalu ]]


halauu..
entry kali nak share pasal game PSKK 2015 kat sabah hari tu..
dari 20 hingga 24 ogos..
masuk game badminton..
dapat 3rd place.. steady ~

team kali ni memang syok.. best ah.. 
even ada yang baru join..
tapi boleh bagi cooperation yang sgt bagus and sgt supportive..

game kami berlangsung kat dewan  yayasan sabah..
dua hari (21-22 ogos 2015)
1st game lawan dgn team penang.. kami kalah..
2nd game lawan dgn team sarawak.. kami kalah jugak.. hahaha..
3rd game iaitu penentu tempat ketiga and keempat, kami lawan dgn team penang lagi..
dan, Alhamdulillah.. kami menang kali ni.. 
syukur --

team badminton johor 
next day (23 ogos 2015) kami takda aktiviti formal..
jadi kami plan menjelajah beberapa kawasan di sabah..
kami sewa 1 van dan 1 kete myvi..
perjalanan bermula pada jam 6.30 pagi (time ni dah cerah dah kat sini)..
terus menuju ke Poring Hot Springs..
tadaaa...








then, kat sini ada canopy walk and waterfall..
kami try nek  canopy walk dulu..
masuk hutan.. ada mendaki sket..
baru lah sampai ke  canopy walk.. tinggi weh..
canopy walk ini adalah di antara pokok2 yang tinggi..
jadi, memang gayat beb !




lepas nek jambatan gantung, kami ke kipungit waterfall..
cantek !
masa kami datang, takda orang pun kat tempat neh.. maybe sbb hari tu bukan weekend/hari cuti..
teruja dengan waterfall ni, terus buka kasut, rendam kaki..
tak lama kemudian, ada macam rasa benda geget geli2 kat kaki ni haaa..
bila tengok, ada ikan kecik2 tgh  kerumun kaki..
hahahaha.. tak pasal2 dapat buat terapi ikan..
air kat waterfall ni tak payah cakap la..
sejuk dan nyaman... nyam nyam.. :)






masa on the way nak balik ke pekan Kundasang, ada orang jual durian kat tepi2 jalan..
maka, kami pun singgah..
nak try rasa durian sabah ni lain ke sama dengan durian semenanjung..
dan, jawapan nya adalah masih seperti rasa durian - -
harga, agak mahal sebenar nye..



last pit stop untuk hari ni, kami menjejak desa fairy farm, kundasang !
yep.. memang salah satu wish list tempat nak pegi..
so, kundasang ku jejak - -
sejuk. cantik. nampak mount kinabalu. dan, ada lembuuuuu.. hahaha..





on the way balik menuju ke UMS, jalan yang kami lalu ni boleh nampak mount kinabalu, which is memang sangat cantik dan indah..
mata ni memang tak leh kalau tak tengok kat gunung kinabalu ni..
cantek beb! memang buat jatuh chenta..
one fine day, akan ku jejak puncak kinabalu ni.. i wish..






ingat nak singgah tengok rumah terbalik.. tapi hari ni tak dan..
so, kami pi ke sana esok nye.. before fly balik johor.. 
nasib baik flight petang..
so, masih ada masa nak pi tengok2 kejap..
unik la rumah terbalik ni.. bukan nye ada kat mana2.. kan?








- cinta ku tertinggal di kinabalu -
jyeah !



01 September 2015

[[ malam tadi ]]



malam tadi.
kau hadir lagi di-lena-ku.

selepas beberapa ketika.

lalu, aku terjaga.

terus, aku send text pada kau.

" u ok tak? "

pagi ini.
kau reply text aku yang tadi.

" ok je "

dalam hati aku berkata:

syukur - -

moga kau sentiasa ok.






tanjung kupang
01 september 2015

27 August 2015

[[ waktu kosong ]]


ahh..
waktu ini adalah kosong..

di mana,
aku tidak ada apa yang mahu di-tulis-kan..

.
.
.
 
loser - -





kompleks sultan abu bakar
27 ogos 2015

27 July 2015

[[ tiba-tiba ]]


pernah tak tiba-tiba ada satu ketika tu korang rasa rindu sangat-sangat kat someone?

aku pernah pada satu malam tu - -

lepas tu,
aku pun text kat orang tu.

bagitau ni kat dia: 
rindu. 
dan, teruk.

esoknya aku tengok phone.
mana tau ada yang reply.
aku tengok balik text yang aku hantar malam tadi.
ada double blue tick.
maksudnya, dia dah baca aku punya text.




tapi,
sampai hari ini, orang tu tak reply pun - -


(sambil memandang kosong ke arah phone)



tanjung kupang
27 julai 2015

26 July 2015

[[ mimpi ]]



boleh dikatakan semua orang akan mengalami mimpi..

tetapi, apakah yang dimaksudkan dengan mimpi?
dan, bagaimana mimpi boleh berlaku?

adakah ia sejenis yang dipanggil sebagai mainan tidur?
atau akibat terlalu?

terlalu berfikir.
terlalu teringat.
terlalu rindu.

terlalu yang terlalu sehingga ter-mimpi - -



sejenis monolog :

u.. hari tu, i mimpi u.. dalam mimpi tu, ada u dgn u punya partner.. 
hmm.. i nak bagitau u ni je..
tapi, i tak tau sampai ke tak kat u apa yang i nak bagitau ni..




kota, n.sembilan
20 julai 2015


[[ yang pernah ]]



persoalan..
bagaimana eh? 
bagaimana untuk aku tak boleh tak teringat tentang kau?

bila mana setiap yang aku lihat,
mesti teringat kau.

bila mana setiap yang aku dengar,
mesti teringat kau.

kau -- 
memang dah terletak dalam kotak fikiran aku.

yang mana aku tak tahu bagaimana nak keluar-kan kau dari fikiran aku.
kau dan kenangan yang pernah - -



(sambil sedang melihat stesen minyak Petron di tepi jalan dan mendengar lagu 'Biarkanlah' by DramaBand di radio)






jalan KLIA-Nilai
21 julai 2015

22 July 2015

[[ kekasih ]]



sejenis dialog:

u.. 
u anggap i ni ape eh?

dia jawab:

kekasih - -


dan,
malam itu tidur-ku tersenyum..


tapi, 
dialog ini ber-bulan yang lepas..

yang mana kini, 
u and i seperti tidak pernah ber-kasih di suatu masa dahulu. 


dingin yang terlalu - -




kota, n9
22 julai 2015



16 July 2015

[[ ingatan ]]



kamu.

bagaimana mahu di-lupa-hilang-kan.
jika setiap perihal tentang kamu sentiasa di ingatan.

sudah dipesan pada hati ini.
lepas-kan.
lepas apa yang dirasa.
tapi, tidak dapat di-buat-kan.

ah.
hadir kamu dahulu sungguh terkesan pada diri ini.

mohon kamu, jangan pergi.

tapi,
kamu semakin menjauh --




tanjung kupang
16 julai 2015

15 July 2015

[[ tak semua ]]



kadang-kadang, 
tak semua apa yang di-mahu-harap-hendak-kan, 
akan dapat.

jadi,
bila mana tidak.

maka,
harus redha-usaha-doa.

moga-moga,
di suatu masa nanti,
dapat di-izin-kan untuk merasa apa yang di-mahu-harap-hendak-kan itu - -





 kompleks sultan abu bakar
15 julai 2015

[[ rasa ]]



perasaan sayang ini mana boleh di-paksa-suruh-kan.

apatah lagi nak suruh-paksa orang lain sayang kat kita.


tapi, 
kita ni,
bila dah ada rasa yang itu,

rasa itu,
sentiasa ada - -






tanjung kupang
15.07.15

29 June 2015

[[ kasih ]]



masih tersisa-kah rasa kasih yang pernah kau kata dulu?

sebab,

kasih aku pada kau itu masih ada.

di sini tersimpan - -








k.s.a.b
29 june 2015

07 June 2015

[[ kau kejam ]]


kejam kau pada aku untuk bahagia kau.

takpe.
aku sanggup.

untuk di-kejam-kan seperti ini.

walau apa yang aku rasa ini adalah terpaling tak best.
rasa yang macam shit gile.

biar aku sendiri yang sakit-sedih-emosi-takbetul.
biar aku yang rasa.
biar aku.
bukan kau. 

aku nak kau bahagia.



sebab.






aku sayang kau - -


07 june 2015
johor