27 February 2009

.. me'repLy' taG dr sihasU dan faTin..


1. Do you think you're hot?

'h0t' ?? h0t fm.. h0t plaTe.. h0t ch0colate sedaP juge..
"k0rg.. blnje ak h0t c0klat satu!!?"


2. Upload your favourite picture of you.


3. Why do you like that picture.

ermm : mysteri0us

4. When is your last time you ate pizza.

22 feb 08 : 9.00pm : kt segamat : sbb tab0ley handel perasaan yg begel0re dihati nk mkn pizza

5. The last song you listened to?

yUna : dan sebenaR nya : repeaT byk2 kaLi

6. What are you doing right now beside this?

berFikir : byk sgt keje : seRab0ott !!!

7. What name would you prefer beside yours?

siti aisyah mastuki : aisyah : aSh : asHie : ku'iS : mYsteRi0us !!

8. People I tag.

sesaPe yg bace tag ni : bUat lah weyh



p/s : kpd hanUm.. h0pe anda bepuas ati.. hehe.. tag la ak lg pas neyh..
h0ho..





26 February 2009

50 amaLan terba|k

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi S.A.W membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya.

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari(ibu jari, telunjuk & tengah). Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan.

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi.

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu

19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drpd sebarang bencana

21. Nabi sering beristinsyaq air ked alam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah

24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan-Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA

26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al- Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh (mohon perlindunganNYA)-Bukhari

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH

28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan

30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) ? Bukhari

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW

32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) ? Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari

34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalazi im) tiga kali ? Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) ? bukhari
36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) ? Abu Dawud

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya

39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya ? Abu Naim

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya ? Bukhari

41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya

42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya ? Muttafaq Alaih

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih

44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH ? Abu dawud

46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya

47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali ? Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib

49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami

50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

23 February 2009

mari belajar bahasa ..!


GLOSARI NILAI INTEGRITI : [ DISIPLIN ]


DEFINiSI DISIPLIN


Dari segi bahasa : Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan di luar atau dengan kerelaan sendiri.


Dari segi nilai dan akhlak : Kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, menghormati hak individu lain, mengamalkan tingkah laku yang baik, tidak menggangu kepentingan orang lain,menghormati di antara satu dengan lain, mempunyai semangat tolong-menolong, kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.


MATLAMAT DISIPLIN


Melahirkan individu yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang sedarkan tanggungjawab terhadap diri sendiri, masyarakat, keluarga, institusi pendidikan serta negara. Disiplin diri ialah faktor utama ke arah mewujudkan masyarakat bertatasusila, adil, liberal dan progresif serta memberi sumbangan jitu terhadap keharmonian negara.


DALAM KONTEKS PELAJAR


1. Menjaga kebersihan diri, termasuk kebersihan fizikal dan mental .

2. Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan, kaedah-kaedah atau perundangan yang terdapat di dalam Universiti.

3. Sentiasa menunjukkan tauladan dan akhlak yang baik.

4. Bersikap dedikasi, berdikari, rajin, berusaha, sabar, bertolak ansur, bersopan santun, menghargai masa, tidak sombong dan sabar


MUTIARA KATA ( DISIPLIN )


" Bakti setiap usaha yang disertai disiplin, pasti ada ganjaran yang berganda".

Jim Rohn


" 99 % kegagalan datang dari orang yang suka memberi alasan".

George Washington Carver


"Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal kepada perubahan yang dibuat itu mungkin payah".

Dr.Hm Tuah Iskandar Al Haj


"Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya, telah melakukan satu kesalahan lagi ".

Pendita


-UNIT DISIPLIN DAN INTEGRITI , JHEPA-

21 February 2009

.. one m0ntH..



erm..

mlm ni genap sebulan arwah pergi..


sebulan...


tanpa arwah...



ke kelas tnpa nya..

jupe sV tnpa nye..

present psM tnpa nya..

discussion tnpa nye..

wat assignment tnpa nya..


takde lagi gurau2..
sakat2..

tp,

still terasa dia ada ngn kami..


suare dia bemain2 di fikiran..

terbayang2 tingkah laku nye..

cara percakapan nye..


hmm..

no b0dy can replace her..





sungguh..


kami rindu dia..



** al-fatihah kpd arwah yasmin bt che razali.. smoga bahagia di sana.. **


20 February 2009

. . m e m 0 r i e s #01 . .



**
jUst nak shaRe s0me pics.. tetibe windu kt d0rg2 neh..
kmpH in mem0ry... **



my class.. 2h09 [kmpH 05/06]

fr0m leFt : anne. asH. jaJa. iQa. wanie.

dlm Lab kimia : iza. ak. jurek.

.. kaMi..

tk penah..



hai.


mlm td anum de ajak ak g lab power kol 8.30 pg ni..

tp bese lah.. de hal yg tk dpt nk elak.

kit0rg g kol 9..

tp, sblm tu de tye dak2 len..
de ke tak lab power ari ni..
dak2 byk yg kate, takde..
klas cam opti0nal..
kalu nk g, g je lah..
tanak g p0m takpe..

lalu, kit0rg ni ngn baek nye pegi lah lab..

smpai sane dlm k0l 9 pagi..

tibe je kt lab,
kami masuk klas..
kami tgk muke cekgo0 kami tuh..

takde senyuman terukir di wajah nye..

bese cekgo0 ni slalu jek senyum..

suddenly,

cekgo0 bersuare,
" knape dtg kol 9 ? "

ak try utk bekate,
" err..err... "
(tk mampu nk bekate2..)

beberape ketika kmudian,
" awk igt ni lab bapak awk punye??! nk dtg kol 9.. "

pehh...
cam nk gugur jant0ng ak time tu..
cekgo0 marah!

pahtu,
kami bedua duk diam2 kt depan pc..
cari2 lab sheet.. n0tes..
buke orCAD..
tye2 dak chinese nk kene wat ape sbnr nye..


diam.. diam.. diam..



smpai waktu, kit0rg pun kua lab..
nk balek bilek..

teserempak lak ngn cekgo0 kt lua.

cekgo0 kate,
"submit report 1 next friday.."

.......
......
.....
....
...
..
.

** conclusi0n :
1. jgn dtg lmbt klas cekgo0..

2. jgn men2 dlm klas cekgo0..
3. lab ari jumaat kne g..
4. wat mini project..
5. wat report yg cekgo0 nak..

18 February 2009

haLuuU

assalamualaikum..

hai.

selamat betemu kembali.

lame gak ak tk p0st entry baru.

sibuk..
sibuk ngan mcm2 pekare..

maklum lah..
name p0m student..
ngn assignment nye.
test nye.
mini pr0jek lah.
presentation lah bagai..

PSm p0m.. penin2..

hmm..
ari ni ak abes present tuk seminar 1..

alhamdulillah..

pasni c0ncentrate tuk setel kan pekare2 len..

pr0gress ngn psM..

kam 0n bebeh..

ganbatte!!



01 February 2009

p e me r g ian mu ..



ermm..

cane ek nk mule kn entry ni?




24 januari 2009..
hari sabtu..
area 9.30 malam


ak, dan rakan2 telah kehilangan yasmin [amy name mnje arwah..]





mlm sblm hari kejadian, amy de msg ak.. dia tanye leh tumpang tk esok g megamall?
ak btau, bereh je.. tade hal.. sbb esok nye mmg ak nk g anta mmbr kt teminal..
alang2 dh ke bandar, ape salah nye amy j0in skali kn?

pastu, pagi tesebut, ak p0m msg la amy..
tye jd ke tk nk j0in ni..
pastu amy kate..
'tkpe lah ecah.. ak ikut nani ngn nad..'
pastu ak pn kate..
'ok. takpe lah gitu.. hati2'

tu lah last msg ak ngan amy..
msg yg terakhir kami.......
pasni, tkde dh la nk msg ngn amy....
ermm..


mlm tu,
lps ak, yen, pyll ngn jannah makan kt kafe..
area kol 9.30mlm..
kit0rg g ikut yen g uma mkcik dia kt bndar...
kt0rg kua dr ump ni area kol 9.30 tu lah..
tanpe menyedari sesuatu akan belaku, kit0rg p0m kua lah dgn hati yg girang..

di rumah mkcik yen..
kami b0rak2 ngn sedare mare yen..

area kol 10.30mlm..

tibe2..
tp0n w300i ak bebunyi..
lgu nidji taj0k last t0 know bekumandang ketika itu..

lalu,
tanpe rase besalah dan mengesyaki ape2 tragedi..
ak pun menjawab panggilan tersebut..

'halu..assalamualaikum'
kate ak..

si pemanggil menjawab.
'waalaikumsalam'

ak tye 'yep??'

'ade berita buruk.. amy eksiden..' kate si pemanggil.

'teruk tak amy? cane keadaan dia?' tanye ak betubi2..

di talian, ak dengar 'amy dah tak de....'

senyap seketika..

ak tye lg.. 'amy cane? dia ok tk?'

'dia dh meninggal....' jwb si pemanggil..

terus ak mati kan talian..

tekedu ak.. tegamam..
k0song fikiran ak...

ya Allah ! amyy....

terase lemah kaki ak..
ak cari yen.. tk mmpu ak nk kata kn brite yg ak trime..
ak taip msg.. ak tnjuk kt yen..

'amy eksiden.. dia dh tkda'

saat tu.. air mate ni laju je kua..
sebak sgt..

pastu, dari umah mkck yen..
kami begegas blk ump..
ak stil tk pecaye ngn brite yg ak dpt tu..
ak nk g tempat kejadian.. ak nk tgk betul2 pe yg belaku.. betul ke tu amy.. betul ke..
dlm kete.. kwn2 call.. tanye pe yg blaku sbnr nye ni..

ahh.. sebak nye rase..

dh nk dkt smpai ump, kit0rg selisih ngn ambulan..
ak tpon nanie..

ak tye 'nanie.. ko kt mane?'
nanie kate 'ecah.. ak kt dlm ambulan ni.. amy dh tkde.. kitorg on de way g hospital..'

nangis..

'nanie.. kite jupe kt hospital k?'

end call..

kit0rg u-turn.. g hospital lak..
mule2 benti kt tempat kecemasan..
pastu ak tye nanie kt mne skg.. nani kate kt blk mayat..
kit0rg cari2 mane bilik mayat..

bile dh smpai kt bilik mayat..
kit0rg jumpe nanie.. nad.. ain.. ifah..
kit0rg tgk kt situ ade n.c, en wan, miss has.. dekan fkee.. de lg yg tk brape nk knal..

ak tye nanie..
'amy mane?'

nanie kate..
'amy dlm ambulan..'

sedih.. sedih.. sedih.. sedih.. sedih.. sedih.. nangis.... nangis..

saat amy diturunkn dr ambulan..
kit0rg tk dpt nk handle perasaan..
sebak.. sedih sgt..
nangis......

amyyy.....


pastu, pegawai perubatan lakukan tugas d0rg..


kit0rg tgu family amy smpai..


bile d0rg sampai..
kit0rg sedih lg..
sebak bile tgk mak dia, adk2 dia, ayah dia..


kit0rg de kt situ sehingga jenazah dibawa untuk dimandikan..


pastu balek ump..
k0l 5 baru smpai..

pagi tu..
agk2 kol 8..
kit0rg satu bas menuju ke pasir mas..
jenazah amy akn dikebumikan di sane..
kit0rg pegi dengan harapan utk melihat amy buat kali terakhir..
malang nye..
kit0rg tk sempat..
jenazah dh dikebumikan 2 jam sebelum kit0rg tiba..

ermm
dlm bas..
air mate ni tak segan nk klua..
mcm tk hbs lak air mate ni..
pilu.. sedih.. masing2 tekenang mem0ri besame amy..
byk sgt kenangan..


kt sane,
kit0rg jumpe family amy..

pastu, kit0rg g ziarah kubur amy..
d0a kit0rg untk amy..
smuge arwah ditempatkn di kalangan org2 yg bertaqwa.. s0lehah..
ampun kn lah d0sa2 nya..
berilah kesejahteraan kpd nya..

sayu.
pilu.
sebak.
sedih.
hiba.





al-fatihah....






saat terakhir...


Tak pernah terpikir olehku
Tak sedikitpun kubayangkan
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

Begitu sulit kubayangkan
Begitu sakit kurasakan
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

Di bawah batu nisan kini
Kau telah sandarkan
Kasih sayang kamu begitu dalam
Sungguh ku tak sanggup
Ini terjadi krna ku sangat cinta

Inilah saat terakhirku melihat kamu
Jatuh air mataku menangis pilu
Hanya mampu ucapkan
Selamat jalan kasih

Satu jam saja ku telah bisa
Cintai kamu kamu kamu di hatiku
Namun bagiku melupakanmu
perlu kan waktu ku seumur hidup

Satu jam saja ku telah bisa
Sayangi kamu di hatiku
Namun bagiku melupakanmu
perlu kan waktu ku seumur hidup


k e h i L a n g a n



Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati