26 August 2014

[[ forgive and forget ]]

hai - -

orang kata : forgive, forget and start new..

dengar macam mudah je kan.. 
tapi, sebenar nya tidak - -

bergantung pada individu tu sendiri mcm mana.. if dia seorang yg jenis mudah untuk memaafkan dan melupakan, maka senang lah bagi beliau..

tapi, kalau mcm saye ni.. agak sukar la nk forgive and forget mcm tu jek..
depends on situation actually..

if, benda kecik and boleh settle, tak da hal lah nk forgive and forget..

tapi, akan jadi rumit, if benda kecik tu berulang kali belaku.. dan sering kali diri sendiri yang tertindas..
hmmmm..

contoh nye : 

bila orang minta tolong kat kiter.. (orang dalam kes ni boleh dikatakan rapat la dgn kiter kan).. then, kiter pun try la sehabis baik nk tolong.. ye la orang dh minta tolong kan.. tak sampai hati lak nak ditidakkan.. lg pulak, ada pernah dengar kata2 orang, kalau kiter tolong orang, orang akan tolong kiter balik.. 
maka nya, bila2 orang tu perlukan pertolongan, kiter ni mmg ready je nak tolong.. 

tapi, yang jadi hal nya dan tinggal kesan dalam2 kt kiter ni adalah bile mana kiter lak perlu pertolongan orang tu.. tapi, malang nye tak disambut lak pertolongan kiter tu.. lebih haru biru bile bukan sekali je, tapi berkali2 perkara mcm ni jadi.. dan sgt touching bile kiter minta tolong, then org tu mcm dh setuju, tapi at last, dia kata dia lupa.. mcm tu je.. lupa kata nya.. padahal kiter ni dah berkali2 igt kan dia.. 

seriously, rasa sgt sgt sgt lah sakit hati ni.. sakit hati.. kecewa.. sedih sgt bhai.. tak leh nk gambarkan.. ye la.. kiter dgn org tu boleh dikatakan rapat.. sama batch.. sama office.. kecewa seyh - -


so, ape yg sy cuba nk kata kan.. dalam situasi yg mcm ni, mmg susah sikit la nk forgive and forget tu.. biar la orang tu try to start a conversation with me, try pujuk dgn nak tolong sy la bagai, but mmg dah jd awkward sgt.. mmg sy dh mcm tak rasa nak respond kt org tu, nk tya2 khabar, gurau2 or sembang kosong mcm sebelum2 ni..  sy simpan dalam sgt perkara ni.. maybe org lain kata, "alaaaa.. small matter.. benda boleh settle.." tapi, orang lain tu tak rasa apa yg kiter rasa.. cakap boleh la kan..

next, tengok la macam mana keadaan.. harap2 masa yang berlalu dapat buat sy forgive and forget org tu.. 
nampak je sy ni kental.. tapi, jiwa halus.. 
faham cukup - -



22 August 2014

[[ tanah tumpahnya darahku ]]

assalamualaikum pembuka bicara..
ucapan salam sejahtera untuk semua..
selamat datang selamat membaca di blog saya..
cuma hanya nukilan yang tak seberapa..

erm..

title entry kali ni agak patriotik sedikit...
yep.. 
mungkin kerana bulan ini adalah bulan kemerdekaan.. 

57 tahun yang lalu, pada tanggal 31 Ogos 1957, Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan..

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

terima kasih kepada pahlawan2 negara yang berjuang sepenuhnya dalam membebaskan Tanah Melayu dari penguasaan penjajah..




kini, setelah 57 tahun Malaysia merdeka, pelbagai peristiwa dan perkara yang telah berlaku di negara kita.. Pembangunan negara semakin rancak berlaku.. 
syukur.. Malaysia masih aman.. 
tidak seperti negara-negara lain yang sedang bergelut dengan peperangan..

Namun, pada tahun ini.. 2014.. beberapa tragedi telah menimpa negara.. 
tragedi yang begitu terkesan dalam sejarah negara adalah mengenai dua pesawat Malaysian Airlines (MAS) iaitu MH370 dan MH17.. dalam masa empat bulan.. dua tragedi telah menimpa negara.. 
ya.. sgt terkesan kepada negara..

MH370

pasti satu dunia sedia maklum dengan tragedi yg berlaku ke atas pesawat MH370 ini.. 

pada tarikh 8 Mac 2014, pesawat yg berlepas dari KLIA dan dijangka tiba di Beijing telah terputus hubungan dengan menara kawalan.. dan dari sejak itu, sehingga kini, masih belum dapat dikesan di mana lokasi pesawat ini berada.. dilaporkan kira-kira 12 orang krew pesawat dan 227 penumpang berada di dalam pesawat ini..

pelbagai andaian, pendapat, spekulasi dan teori telah dibuat.. sama ada daripada pakar penerbangan, ex-captain pesawat, mahu pun keyboard warrior.. namun, tiada satu pun yang dapat disahkan.. kecuali sehingga lah pesawat ini ditemui.. jawapan kepada misteri kehilangan pesawat ini akan dapat dihuraikan hanya selepas pesawat atau kotak hitam nya berjaya dikesan, ditemui dan dikaji.. 

misi pencarian yang melibatkan pelbagai negara masih diteruskan walaupun telah 5 bulan ia gagal dikesan.. penglibatan pasukan peyelamat antarabangsa amat lah dihargai dan diharap usaha berterusan mereka akan membuahkan hasil.. 

semoga mereka, kita rakyat Malaysia, keluarga mangsa dan seluruh penduduk dunia sentiasa berdoa agar pesawat ini dapat ditemui..

have faith and keep on praying...





MH17

dunia sekali lagi dikejutkan dengan tragedi pesawat Malaysian Airlines MH17.. pada tarikh 17 Julai 2014, pesawat ini dilaporkan telah ditembak jatuh dan terhempas di sempadan Ukraine - Russia.. 

pesawat MH17 ini berlepas dari Amsterdam ke KLIA.. terdapat 15 orang krew dan 283 penumpang terdiri dari pelbagai warganegara di dalam pesawat ini.. kesemua krew dan penumpang maut dalam nahas ini.. 

dipercayai pesawat tersebut ditembak jatuh menggunakan senjata BUK surface-to-air missile.. kotak hitam telah ditemui dan sedang disiasat oleh pakar.. namun, sehingga kini, punca sebenar nahas ini masih belum disahkan lagi.. 

mangsa nahas ini telah dibawa ke Netherlands untuk dikenalpasti melalui bedah siasat dan ujian DNA yang akan dilakukan oleh pakar..

Hari Perkabungan Malaysia telah diisytiharkan pada 22 Ogos 2014 (Jumaat).. ini adalah serentak dengan ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17 yang berjaya dikenalpasti ke tanah air yang dijangka akan tiba pada tarikh tersebut.. 

semoga mangsa nahas ini dirahmati dan aman di sana..

Al-Fatihah | Takziah







18 August 2014

[[ kerja syif ]]

assalamualaikum..

hello ~

haaa.. lama betul tk update blog ni..

penuh sawang dah.. haha :p

erm..
pejam celik - -
pejam celik - - 

almost 2 years sy keje syif..

3pm - 11pm | syif petang
7am - 3pm | syif pagi
11pm - 7am | syif malam

off-day 2 hari, then start balik routine syif mcm biasa..
if tak ot, dapat la rilek2 time off-day tu..

tp biasa nya, ada je hal kena buat..
if tak kena pi bengkel, kena pi kursus.. tak pun kena attend meeting..
off-day sy yg tak berapa nk off.. haha..

ape kan daya.. dah arahan.. so, kena gak attend semua2 tu..
saya yang menurut perintah - - 

last year sampai april tahun ni agak dasat gak la..
kadang2 sampai hari2 kerja.. boleh kire brape hari je yg tak keje..
penat gak rase.. 
tp, layan kan je.. time ada chance nk ot, pulun habis2.. 
heh - - 

skang dah kurang ot.. so, dpt la merasa off-day tu..
ot pun kadang2 je.. time ada yg kena pi kursus or cuti..
ok la tu kan.. 
ada masa nk manje2 kan diri..

kerja kat sempadan negara ni mcm ni lah..
sbb operasi 24 jam..
kagum dgn staff2 lain yang dh lama keje dn masih dpt bertahan dengan keje syif ni..
lagi2 yang dah ada family..
mana nak handle anak2.. urusan rumahtangga.. hal2 rumah..
fuhh.. mencabar!

rase2 if nanti dah ada family sendiri, boleh ke nak manage semua tu?
kadang terfikir gak.. mampu ke?
hmm - -





21 August 2013

[[ Part 01 | aummm panjang.. aum pendek.. aum sangkot sangkot.. ]]


uihhh.. ape yang aum aum tu?

hahaha..

ok.. meh sini nak citer..

actually, itu aumm adalah sorakan semangat atau pun trademark group kami time kursus asas dulu..

kami adalah PLATUN 5 !!!

Platun 5 terdiri daripada 38 orang peserta yg owsemm sgt.. meraka adalah:

uncle klumai
karthy
ardiey
ah meng
asfa
andy
ude
fakrul
azhar
ateh
suhaimi
izmir
abg kerol
azhari
shah
ah lee
ah thung
adam
abg faizal
md noor
k. rina
ziehan
k. lynn
ana muslihah
k. fadz
masfarina
k. kathy
shahnaz
k. zaila
lela
k. yati
izzatul
vathsala
k. audrey
k. sue
raveena
khirjaa
aisyah

tadaaaa.. ini lah kami ~


gambar ni time latihan medan phase II kt asahan.. 1st gambar kami 1 platun complete.. (senyum)

kami ditemukan semasa kursus asas selama 3 bulan di melaka.. september 2012 - disember 2012..
berbeza latar belakang, berbeza agama, berbeza bangsa, berbeza pemikiran, berbeza gaya, berbeza education background dan byk lagi perbezaan di antara kami..

namun, kami SATU as Platun 5..

byk benda, perkara yang kami lakukan together2 sepanjang kursus ni.. 
antara yang masih tersisa di dalam ingatan ni adalah seperti di bawah :

a) latihan kawad intensif
    - duration : 2 weeks
    - perkara2 yg best: 
  • belaja kawad dr muka cerah sampai golap.. pakai sunblock pun takda effect.. dasyat weh tgk muke masing2..
  • kami di trained oleh pihak tentera. syokk beb! " blakang pusing, kiri pusing, kanan pusing".. "front support position down".. "10-1-2 hentak kaki, cepat".. "tukar langkah, angkat kaki, hentak padat, jgn malas"..
  • kawad sampai rase nak muntah..
  • ada antara kami yg mmg tak ada asas kawad langsung, namun atas latihan gigih dan tunjuk ajar yg diberi serta kerjasama semua, kami Platun 5 adalah antara platun yang cantik dan terbaik kawad nye.. (senyum)
  • gadoh? perselisihan faham? biasa lah.. mesti lah ada.. hehe.. tapi takda hal.. benda boleh setel.. tak lama pun.. tp ingat tetap ingat. hoho..
  • penah tgk orang kawad sampai kasot tetinggal kt padang? kami ada.. haha.. k. kathy oh k. kathy..
  • haaaa.. lagi satu, ada sorang awek ni la kan.. time training kawad.. tali kasot dia terbuka.. then, dia pun kuar baris utk ikat tali kasut.. (eh.. lupa nak bgtau.. time tgh kawad tau benda ni terjadi..).. yang lucu nye, pas ikat tali kasut, awek ni terus masuk balik dlm barisan.. amek position dia td..dan terus kawad.. tp time tu, org dah masuk kt blank fill dia ni.. ha sudah.. camne? huru hara la kejap barisan.. berebut position.. hahahaha.. awek ni wat muke innocent je kan pastu..
  • yang injured pun ada.. sian dorang ni.. orang kawad kt padang.. dia tgk je dari grand stand tu.. ish.. ish.. ish..
b) latihan medan phase I (ala-ala camping.. tido dlm khemah.. masak sendiri.. gituu..)
    - duration : lebih kurang 1 week
    - lokasi : kem batu lebah
    - perkara2 yang best :
  • sesi makan nasi berlauk kan sardin sepanjang camping.. yess.. terbaekk jah..
  • tido dalam khemah.. bersempit2 dalam khemah.. dgn barang2 nye lain kan.. syokk..
  • berlari bersama2 satu kampung.. tajuk larian: larian kenal-kenalan sekampung.. yang best nye, time tgh lari tu, hujan kemain lah lebat.. basah la segala-gala nya kami ni..
  • eh.. lupe nk mention.. time ni tentera gak yg in-charge..
  • ada satu slot tajuk dia "latihan ketahanan mental".. perghh.. betul2 mental dorang kerja kan kitorang.. haha.. tp, layaaannn... satu mlm tu, kami semua, platun 1 - 6, dikumpul kan di dataran.. berbaris ikut platun masing2.. hujan rintik2 turun membasahi bumi.. seusai sahaja berbaris.. "yg pakai poncho ni semua tanggal kan.. sakitt mata saya tengok..!" danggg.. tesentak jap.. sbb ak dan rakan yg duk paling depan ni yg pakai poncho.. kelam kabut dibuat nye.. terus tanggal kan poncho.. (oh ye.. poncho adalah sejenis baju hujan @ rain coat..) paling kekal dlm ingatan.. 100 kali PT-10 (lompat bintang).. 100 kali front-support position down.. atas tar ok buat benda2.. tahan je la sakit kat tapak tangan ni.. lari pusing kem batu lebah tu dlm masa 15 saat.. (ko mampu?) haha.. dengar2 ada yang tersangkot kt tali yg wat utk sidai kain.. gelap beb tem lari tu.. bukan seround je tau.. beround2.. hoho.. dan mcm2 lg lah.. 
  • masuk hutan.. buat tapak camping.. guna poncho jek wat atap ngan alas.. ini antara moment2 paling indah dan owsemmm sgt ! hmm.. mane nk citer ni.. jap2.. susun ayat lu.. okay.. let's begin the story.. jeng jeng jeng.. lepas je setel pasang khemah, kami gotong royong masak... yang pempuan.. yg lelaki mengemas kawasan camping.. buat toilet basah.. toilet kering.. hanya ditutupi dgn daun2 sahaja.. nice! turun naik pi based camp utk dpt kan air utk wat masak2, cuci2 bekas makanan.. 
  • kalu tak silap, 1st day kt hutan ni kami diarah kan untuk wat model operasi serbuan.. maka nya, dgn diketuai oleh k.fadz, kami pun buat laa model.. berdasarkan kepada map yg diberi oleh jurulatih.. cari la kayu, daun2, timbunan pasir@tanah untuk dijadikan bentuk permukaan bumi.. peh.. stylo habis.. kami buat sikit2 hingga siap ditemani renyai hujan.. tadaaa.. ini lah model utk ops serbuan kami..


  • ok.. dipendekkan cerita.. malam ops serbuan pun tiba.. after maghrib.. kami dah bergerak ke tapak serbuan.. kt sana kami meniarap di atas tanah.. omo atas tanah tu beb ! kami pegang tali.. andai kata ada unsur2 penyeludup dtg, kami goyang2 kan la tali tu.. kire cam roger2 member.. suh ready2 nk tangkap penyeludup.. saat berganti minit.. minit berganti jam.. kami menanti.. sejam berlalu.. dua jam berlalu.. tiga jam berlalu.. krooohhh.. kroohhhh.. krohhhh.. bunyi dengkuran kedengaran.. datang nya dari pelbagai arah..kiri.. kanan.. srrrrr.... krooohhh.. srrrrrr.. krooohhh.. kroohhh.. mcm bersahut-sahutan.. dak2 ni tido rupe nye.. kekeke... ak pun telelap2 gak la.. haha.. mcm2 bunyi dah dgr mlm tu.. nyenyak weh tido.. berlantaikan tanah.. berbumbungkan langit.. sojuk bonar la malam tu.. nasib yo tak ujan lobek.. dah nk dekat subuh tu.. tibe2 kami dgr.. "SERBUUUUU !!!" berlari kami ni.. dlm keadaan terpisat-pisat.. mamai baru bgn tdo.. ade yang lari senget2.. lari pi mana tak tau hala tuju.. lari siap langgar dawai beduri.. woo.. dasat.. TANGKAPPP.. haha.. dapat penyeludup.. tp salah.. yang ditangkap bukan penyeludup.. yg ditangkap koperal azmir.. penyeludup sebenar adalah tn zulfakar.. hahaha.. takpo lahh.. yang penting experience yg dirasai.. 
c) latihan medan phase II
    - duration : lebih kurang 1 week
    - lokasi : asahan
    - perkara2 yang best :
  • panjat gunung ledang beb !! wahh.. tak terfikir pun nak panjat ledang.. tp panjat ledang 2nd day yer kawan2.. jap g ak citer..
  • start dr nek bas kt akmal.. ak duk sebelah k.kathy.. 1st time borak ngn beliau.. om0o !! ayat yg paling ak igt.. "akak, nanti bile benti kt kedai, jom beli barang2 utk masak.. kiter tak reti sgt laa..". yesss.. from that time lah kami mula rapat.. k.kathy ~ ~
  • bile bas benti je kt kedai.. hamekkawww.. ase mcm nk borong satu kedai je.. hahaha.. cili beli.. bawang beli.. eskem beli.. air tin beli.. borongg beb !
  • ok.. sesampai je kt tapak camping.. cari la geng nk duk sekhemah.. then cari port pasang khemah.. da setel psg khemah.. wat dapor.. cari kayu api.. masak air.. buat api.. tanak nasi.. masak sardin.. and the best part, kami PLATUN 5 dinner together2 !!! platun laen tak wat pun cam kami.. lepas2 tu baru dorang start makan together2.. oh my platun... i love u lah!


  • malam tu.. ada malam kebudayaan.. so setiap group kena wat performance.. macam2 la bakat terpendam yang ada... ada yang menyanyi.. berlakon.. ada yg jadi 'mat romeo', 'rozie tiger', 'mr & mrs rabbit', mcm2 lah lagi.. best.. klaka.. sronok.. hehe.. lagi best.. tido beramai2 sementara tunggu dorang habis performed.. penat weh.. layan mata la dulu.. haha..
  • kt asahan ni rilek2 je aktiviti dia.. yg in-charge JL jabatan.. so.. ok la kan.. ok.. now nk citer pasal panjat ledang.. best ! biar la tak sampai puncak pun.. yg penting best.. haha.. kitorng dari kaki gunung dah start nyanyi2.. supaya tak rasa penat.. sampai dah tatau nak nyanyi lagu ape.. last2 diam je semua.. haha.. pagi2 before memanjat tu kami prepare la makanan utk makan kt atas ledang tu nnti.. kami buat nasi kepal.. haha.. bawa air.. bawa roti.. kaya.. dah sampai atas.. ada air terjun beb.. leh la sejuk2 kan kaki.. basuh2 muke.. hehe.. kami makan kt situ.. kami solat dulu before turun.. hmm.. syokk !! ini macam lah.. (sambil wat thumbs up).. ni antara gambar yg ada..


sampai sini dulu mampu ak story.. kisah seterus nye after2 this la.. tungguuuu..

sekian.. maseh..

11 August 2013

[[ malam ahad yang syahdu... ]]


huwaargghhh..

ngantok beb !

terlelap2 dah mata ak ni.. itu sebab lah ak mula menulis entry baru..

ermm.. topik ape nk dikatakan awal2 pagi ni..?

okay..

orang kata,

"buat baik berpada-pada,
buat jahat jangan sekali."

pada pendapat ak, definisi "buat baik" ni adalah melakukan perbuatan yang tidak salah, tidak menyakit kan hati, tidak membawa keburukan dan perkara2 negatif kepada pihak lain.. 
senang kata, buat perkara2 yang elok lah kan.. 

tp, kt ayat atas tu ada sambungan nye lak.. 
"buat baik, berpada-pada.." 
so, acaner neh? 

adakah maksud nya, kiter kena buat baik je sentiasa? 
atau kena buat baik dalam certain2 situasi je?

hmmm..agak kompleks ayat tersebut.. 
(memang la.. dah ak ni bukan nye ahli bahasa.. 
huru-hara jek ayat dan bahasa yg ak gune kan ni.. ampun ye !)

pada ak, buat baik berpada-pada ni maksud nya bila kiter buat baik tu kiter kena fikir gak implikasi kebaikan yang dilakukan itu kepada diri sendiri dan kepada pihak lain.. 
kire cam win-win situation la..
 
contoh nye, hari ni si A tolong si B.. 
esok luse, bila si A ni ada problem, si B ni pulak tolong si A.. (gitu..)

tapi, ada gak keadaan bila mana si A ni asek la tolong si B ni.. 
tp, bila si A ni ada problem, banyak la alasan yg diberi oleh si B ni untuk menghulurkan bantuan.. 
then, terus tak tolong.. (ape daaa..)

yg berpada-pada nya tu adalah takkan la kiter ni asek nk baik kan hati tolong orang tu kan, 
tp in the end, 
orang tu tak tolong pun kiter biler kiter ada masalah.. 

jadi nya, kiter kena la tgk situasi yang mana patut untuk kiter melakukan kebaikan.. hoho..

so, anda dapat tak apa yang saya cuba sampaikan untuk menghuraikan ayat "buat baik berpada-pada tu"..?

tapi, ni ak nye pendapat je la kan.. lain orang, lain cara nya..

next, "buat jahat jangan sekali"..

sesungguh nya, melakukan kejahatan itu adalah sangat lah tidak disukai oleh Allah S.W.T.. 

dah nama pun jahat, so hasil nya pasti adalah perkara2 yang negatif.. negatif kpd diri sendiri, negatif kepada keluarga, 
dan negatif kepada pihak2 yang lain..

rugi kalau kiter wat jahat ni.. 
dah lah pahala tak dapat.. dapat dosa lak tu kan..

ada orang yg melakukan kejahatan utk kesenangan diri sendiri.. 
contoh: mencuri, merompak, tipu tender @ kasi rasuah utk dpt projek yg value nye juta2.. 
ye la.. 
bila dah byk duit, dapat la nk hidup senang kan.. 

ada orang yg suker tgk org lain sakit @ hidup tk senang.. 
dibuatkan lah perkara2 tk elok kat orang tu.. 
biar orang tu menderita.. 
ish.. teruk betul..

tp, kadang-kadang, org yg buat jahat ni pasti ada sebab nye kan.. 

mohon org yg mcm ni dibukakan hati untuk bertaubat dan berubah serta mendapat keampunan dari Allah S.W.T.. 
aminn..

pada diri ak sendiri lah kan, biar lah buat baik @ tolong orang sebanyak mana pun.. 
pasti satu hari nanti akan ada org yg tolong kiter bila kiter susah..

tapi, semua ni, atas izin Allah S.W.T juga..

sentiasa berdoa agar segala kebaikan, amalan kiter diterima oleh-Nya.. dan, mohon dijauhkan dari segala kejahatan dan perkara2 yang tak elok..

ok.. itu saje..
maaf kalau ada tersalah kata eh..

sudi2 la comment kalau ada pape nk share @ tambah ape2 info..

maseh !



09 August 2013

[[ syawal 2013 ]]



assalamualaikum pembuka bicara,
bulan Ramadhan sudah berlalu,
pelbagai juadah pembuka selera,
jom la beraya hingga tak lalu..

hahaha.. 
ape benda la pantun tu..
sila ignore kalau rase tk menarik.. - -

okay..
berakhir sudah Ramadhan untuk kali ini..
semoga segala amal ibadah kita diterima Allah..
dan diharap tidak terhenti disini segala ibadah dan kebaikan yang dilakukan..

hari raya menjelang sudah,
ampun maaf mohon dipinta,
erat kan hubungan yg hampir musnah,
agar gembira sampai syurga..

raya kali ni.. .
ak tak cuti lama.. 
sbb nye adalah tugas..
bertugas sehari sebelum raya dan 2nd day raya dah masuk kerja semula..

jadinya, mlm raye tu la ak blk kampong..
sayu je hati bile dgr takbir kt radio..

tetapi,
ak bersyukur kerana masih berpeluang berada di sisi keluarga pada 
1 syawal..

kepada rakan2 yang bertugas,
bersabar lah.. 
tahun ni raya kat ofis.. 
tahun depan masih ada chance untuk beraya di kampung.. kan?
think positive k..
ikhlas kan hati dan bersungguh2 lah menjalan kan tugas yang diamanahkan..

akhir kata,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !!! 






22 July 2013

haluu..

ok.. setelah lama tidak menulis entry baru, maka nya pada ketika ini sy akan mula menulis kembali..

hoho..

tak ada ape pun yg menarik.. cuma nak share experience dan perkare2 yg telah berlaku since 2012 sampai sekarang.. 

secara ringkas nye kronologi peristiwa2 yg berlaku sepanjang tahun 2012 - kini adalah seperti berikut :-

february 2012
- exam | together2 with sihasu

march 2012
- hijrah ke kuala lumpur | stay together2 with cousin

april 2012
- g accessment center | melaka bandaraya bersejarah

july 2012
- jakarta | kerja lorrr
- teview | menara ansar, johor bahru

september 2012 
- kursus asas | bukit baru, melaka
- latihan kawad
- latihan medan
- PLATUN 5

october 2012
- kursus asas | bukit baru, melaka
- kelas-kelas
- alive tour | big bang is back !
- PLATUN 5 

november 2012
- kursus asas | bukit baru, melaka
- kelas-kelas
- assignment
- birthday 
- PLATUN 5

december 2012
- kursus asas | bukit baru, melaka
- kelas-kelas
- friendly netball & volleyball | P5 champion !
- passing out parade 
- PLATUN 5
- posting | johor darul takzim
- hijrah ke johor kembali

*********************************************

january  2013
- roaster | cawangan eksport, tg. kupang, gelang patah
- HKS 2013 | putrajaya

march 2013
- labuan | follow rombongan mak ayah

april 2013
- kursus | bukit baru, melaka
- pindah rumah baru
- game futsal dan volleyball

may 2013
- hip hip hooray holiday |together2 with k.zai, mas, fazlina, olien dan sadiq

jun 2013
- game badminton |at penang meh
- join team istiadat | klang dan k.selangor

july 2013

- ramadhan



ok.. setel.. ringkas kan? 


kekeke - -