29 January 2018

[[ rezeki ]]


tahniah kepada yang berjaya..

yang tidak berjaya, rezeki kita-kita untuk ke next level belum tiba lagi..
kuatkan usaha, ikhlaskan hati, doa dan tawakkal..

bertabahlah - -




tanjung kupang
29 januari 2018

17 December 2017

[[ bosan ]]



sejenis perasaan,
yang sukar digambarkan.

melihat mereka itu silih berganti.
tetapi, kau masih setia.
setia menjadi penunggu di sini dan pemerhati kepada mereka yang bersilih ganti itu.

setia-kah nama nya itu?

atau, kau sebenarnya di-tidak-kan untuk keluar dari ruang ini oleh pihak-pihak tertentu?
demi kepentingan dan kemudahan mereka sendiri di masa-masa yang mendatang.

.
.
.

bosan - - 






tanjung kupang
171217

17 May 2017

[[ waktu sukar ]]



perjalanan hidup ini ibarat pusingan roda.
kadang kita di atas.
kadang kita di bawah.

bila waktu di atas, semua nya indah dan bahagia.
semua mahu berkawan dengan kita.
semua mahu berdamping dengan kita.
semua mahu turut ada di atas bersama kita.

tetapi,
bila waktu di bawah, rasa nya adalah teruk dan sukar.
semua yang dulu mahu berkawan, hilang.
semua yang dulu mahu berdamping, hilang.
semua yang dulu mahu turut ada di atas bersama kita, hilang.

walau bagaimanapun,
bagi mana-mana yang masih ada bersama di waktu sukar dan teruk kita, menghulur bantuan walau sedikit tanpa keluh dan mahu kita kembali bangkit,
itu adalah setia dan ikhlas - -

terima kasih untuk sudi ada bersama.
terima kasih.




johor bahru
17 may 2017
 

28 December 2016

[[ suku tahun ke-empat ]]



sejenis perasaan :


penuh - -






tanjung kupang
28 disember 2016

22 August 2016

[[ kebanggaan ]]


berakhir sudah temasya paling gah di arena sukan dunia,
pedulikan jumlah kekalahan, kemenangan dan kutipan medal yang terhasil di temasya ini,
pedulikan cakap-cakap orang yang tidak membina terhadap prestasi kalian,
tetapi anggap itu sebagai satu cabaran dan semangat untuk kalian terus berjaya.

itu semua pengalaman - -

di setiap kekalahan mengajar kalian untuk terus berusaha mengejar kejayaan seperti yang diharapkan,
di setiap kekalahan mengajar kalian untuk terus kuat dan bersemangat dalam menjadi yang lebih bagus,
dan, di setiap kekalahan itu ada kemenangan.

kalian kalah di temasya ini, tetapi kalian menang di jiwa dan hati kami - -

bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab dan harapan jutaan rakyat dalam merealisasikan impian membawa pulang medal emas pertama ke tanah air.
tekad dan keberanian perlu ada.
namun, tidak semua orang memiliki sifat itu.
tetapi, yang pasti dan terbukti adalah kalian ada yang dua itu.

pelbagai latihan, pertandingan dan kejohanan lain yang terlebih dahulu perlu disertai dalam melayakkan diri kalian ke temasya ini.
pengorbanan masa muda, kecederaan dan keperitan yang dihadapi kalian tidak dapat dibalas dengan wang dan habuan-habuan lain.

kalian telah membawa nama tanah air kita untuk berada bersama nama negara-negara lain yang lebih gah, 
itu kejayaan - -

terima kasih untuk semua.
terima kasih.
semoga kalian terus sukses dan terus memperoleh kejayaan.

kalian kebanggaan kami - -







(dedikasi buat para atlet negara - team olimpik malaysia 2016)

tanjung kupang
22 ogos 2016 


14 August 2016

[[ kembara ]]



setiap perjalanan dan kembara yang dilalui,
mengajar aku bahawa setiap apa yang dilakukan pasti ada permulaan dan penamatnya, 
walau penuh rintangan dan cabaran,
harus ditamatkan,
kerana pada akhir kembara itu akan memberi berjuta kenangan, pengalaman dan kemanisan kejayaan - -


kita tidak tahu lama mana kita akan bernyawa,
mungkin hari ini, esok atau lusa Tuhan akan memanggil kita untuk bertemu-Nya, 
sementara masih bernyawa,
teruskanlah untuk merasa nikmat kehidupan,
dengan berjasa kepada agama, keluarga, alam, masyarakat dan untuk semua yang baik-baik - -




tanjung kupang
14 ogos 2016

23 May 2016

[[ sejenis ucapan tahniah ]]


dulu.
aku ini kau tinggalkan. 
sepi-sendiri.
diwaktu jarak jasad kita berdua yang jauh antara negeri.
alasan kau cukup mudah didengarkan.
kau punya komitmen yang banyak.
dan, kau pilih untuk tinggalkan aku. 
demi untuk tidak menambah komitmen sedia ada kau. 

ah ! komitmen itu semua orang ada - -

semalam.
aku dengar dari sumber yang aku fikir boleh dipercayai. 
kata sumber itu, kau akan melangsungkan hari bahagia kau dengan pasangan Disember nanti.

hmm.
tahniah.
tahniah untuk kau dan pasangan.

komitmen kau mungkin sudah tidak banyak.  

tahniah sekali lagi.
semoga bahagia sampai syurga buat kalian - -





johor bahru
23 May 2016